Wednesday, April 11, 2007

Hakikat kewujudan hikmah disebalik syariat (epi 1)

Telah disepakati oleh para ulama’ terdahulu dan kini, bahawa setiap apa yang dianjurkan oleh Allah SWT dan rasulNya terdapat hikmah yang tersembunyi. Melainkan al Imam Fakhruddin ar-Razi didalam kitabnya “al-Mahsul” yang menolak dakwaan tersebut, beliau menyatakan bahawa:

1- Sesungguhnya Allah SWT meletakkan hukum tertentu mengikut keadaan tertentu,
2- Allah SWT adalah hakim, dan hakim tidak akan melakukan sesuatu melainkan untuk kebaikan, sekiranya hakim tidak melakukan kebaikan maka ia umpama bermain-main, dan sifat ini mustahil bagi Allah SWT, dan jelas bercanggah dengan al-Quran, as-Sunnah, Ijmak dan aqal.

Namun begitu jumhur ulama’ tetap menerima pendapat beliau, kerna setiap dakwaan itu pastinya berpaksikan bukti.
Disebutkan didalam kaedah maqasidiah: "لا تقصيد إلا بدليل" maknanya: “tidaklah memaksudkan sesuatu melainkan dinyatakan tanda atau bukti”
Boleh dirujuk didalam kitab “al-Muwafaqot” oleh Syeikhul Maqasid abu ishak as-Syatibi, beliau berkata: “diletakkan syariat-syariat itu adalah bagi menjaga kepentingan manusia diwaktu sekarang dan akan datang sekaligus”.
Perkara sebegini pada hakikatnya tidak memerlukan kepada kajian yang mendalam mahupun susah payah, kerna terlalu banyak kuantiti ayat quran yang menjelaskan tentang kewujudan hikmah disebalik sesuatu pensyariatan itu.
Walau bagaimanapun terdapat beberapa pendapat yang mengatakan syariat itu khas nya didalam perkara ibadah, tidak lain melainkan maksud ibadah tersebut adalah untuk menunaikan hak-hak Allah SWT, sambil mengharapkan ganjaran di akhirat kelak. Permasalahan ini masyhur dikalangan para ulama’ usuliyun (ulama’ usulfeqh), didalam perkara yang dinamakan:

1- at-Ta’abbudi (ghoir ma’qul ma’na), iaitu sesuatu ibadah yang tidak dapat diketahui sebab pensyariatannya melainkan menunaikan hak Allah SWT, dan mendapatkan ganjaranNya di akhirat, seperti: Solat.
2- at-Ta’lil, (ma’qul ma’na) iaitu sesuatu ibadah yang dapat diketahui akan tujuannya, secara teliti, seperti membersihkan najis. Kerna maksud pada membersihkan najis seperti samak adalah jelas, bukan setakat menunaikan hak Allah SWT malah bagi membersihkan diri. Maka perkara ini tergolong dalam bab at-Ta’lil, kerna mampu dipahami akan sebabnya.

Bagi mendalami perkara-perkara ibadah, perlulah diketahui akan asal ibadah itu sendiri samaada ia hanya bagi untuk beribadah kepada Allah semata-mata ataupun padanya tujuan yang perlu dikaji. Al-imam Ibnu Qayyim al-Jauziah berkata didalam kitabnya I’ilam al-Muwaqqi’in: “Secara rambang, maka bagi syariat itu rahsia-rahsia disebalik hukum-hukum ibadah, yang tidak mampu bagi aqal untuk memikirkannya secara terperinci, akan tetapi mampu diketahui akannya secara umum”.Kesimpulannya, asas sesuatu ibadah adalah beribadah semata-mata kerana Allah SWT, tanpa mencari sebab-sebab sesuatu ibadah, dan asas bagi muamalat didalam syariah adalah diketahui akan sebabnya dan melihat kepada maksud dan tujuannya. Wallah min wara’ al-qasd

1 Comments:

At March 5, 2022 at 5:17 AM , Blogger ballindamabray said...

Titanium Dabs nail art - Titanium Barn - www.titanium-arts.com
Download this unique nail art samsung titanium watch for a very creative man titanium bracelet twist on a traditional design. This easy-to-use art tool burnt titanium allows you to create powerbook g4 titanium nail art 2019 ford ecosport titanium for your

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home