Monday, April 9, 2007

Sejarah kemunculan Mazhab didalam Islam (epi 2)

Perkembangan Mazhab Syafie
Boleh dibahagikan kepada empat marhalah, mengikut pengkhususan setiap tingkatan seperti berikut:

Peringkat Pertama: Pengasasan Mazhab; merupakan mazhab yang teratur dari segi manhajiah dan ta’siliyyah. Jika inginkan usul mazhab maka rujuk kepada kitab ar-Risalah, disitulah akan diterangkan tentang permasalahan Usul Feqh seperti pembatalan penggunaan al-Istihsan. Jika dikaji akan sebab penulisan kitab ar-Risalah, maka akan diketahui bahawa intipatinya adalah kaedah-kaedah dan ciri-ciri bagi memahami nas Quran dan Hadith, lantaran permintaan daripada Al imam Abdurrahman al-Mahdi.
Dalam pada itu, bagi mentelaah tentang perkara cabang maka rujukan kitab al-Um adalah sumbernya, disitu disebutkan juga permasalahan khilaf, sehinggakan diletakkan padanya satu bab yang dinamakan Kitab al-Khilaf, seperti kitab al-Ikhtilaf Abi Hanifah dan Ibnu Abi Laila dan lain-lain.

Adapun permulaan mazhab syafie diperingkat pertama pengasasan adalah di Iraq sekembalinya beliau daripada Madinah, distulah beliau berfatwa dan menulis kitab al Hujjah. Pada marhalah kedua, berlaku perubahan pada pendapat beliau ketika berfatwa di Mesir.

Anak Murid Termasyhur.

Tidak dinafikan mutu dan martabat seseorang ulama’ terletak pada kekuatan pengikutnya, serta bilangannya. Secara ringkas dinyatakan nama-nama anak murid al-Imam as-Syafie.

Pendapat Lama (Qodim):
- Al imam al Hasan az-Za’farani (260H)
- Al imam Ahmad bin Hanbal as-Syaibani (241H)
- Al imam Abu Thaur al Kilbi (240H)
- Al imam Abu Ali al-Karabisi (245H)

Pendapat Baru (Jadid):
- Al imam Abu Ya’qub al Buwaiti (231H)
- Al imam Abu Hafs Harmalah al-Misri (244H)
- Al imam Abu Muhammad al Azadi Ar-Rabi’ al-Jizi (256H)
- Al imam Abu Ibrahim al-Mazani al-Misri (264H)
- Al imam Abu Musa Yunus bin Abdul A’la al-Misri (264H)
- Al imam ar-Rabi’ al-Murodi (207H)

Peringkat Kedua: Penyebaran Mazhab; Berlaku melalui “ashabul wujuh”, iaitu berlawanan dengan makna Mujtahid al Mutlak, golongan ini tidak mengeluarkan sesuatu hukum melainkan berpandu kepada usul mazhab, diantara tokoh-tokoh diperingkat ini seperti: Ahmad bin yasar al-Maruzi (268H), Abu at-Toib bin Salamah (308H) dan lain-lain.
Tokoh-tokoh ini mempunyai peranan yang besar dalam mengekalkan mazhab syafie dan meneruskan perkembangannya, sehinggakan tersebarnya mazhab syafie di Syam (Syria) yang bermazhabkan al-Auza’i ketika itu. Kemudian tersebar hingga ke Iraq dan berterusan hingga ke India.

Begitu juga tersebar mazhab Syafie ke Negara-negara arab seperti Najd, Hijjaz dan Yamen. Adapun Yamen ketika itu dihujani dengan pelbagai mazhab seperti Maliki, Hanafi, Sufyan at-Thauri dan Ishak ibn Rohawaih, adapun mazhab as-Syafie memasuki Yamen pada kurun keempat, dan tersebarlah mazhab as-Syafie hingga ke hari ini.
Barangkali kepesatan penyebaran mazhab as-Syafie adalah disebabkan oleh faktor-faktor berikut:

1- Peletakan asas dan kaedah bagi mazhab oleh al imam as-Syafie.
2- Kelebihan al imam as-Syafie yang mengambil ilmu daripada ulama’-ulama’ terdahulu dan para muhaddithin seperti Imam Malik.
3- Kesepakatan mazhab as-Syafie dengan madrasah ar-Ra’yi dan al-Hadith.
4- Kebanjiran ulama’ yang terhasil dari mazhab as-Syafie seperti Ibnu as-Suraij, al-Ghazali, al-Juwaini, al-Mawardi dan lain-lain.
5- Usul mazhab as-Syafie yang sedikit, ditambah dengan perletakan kaedah-kaedah untuk berta’amul dengan semua keadaan didalam mengistinbat hukum.
6- Nasab al imam as-Syafie diantara kelebihannya, seperti mana yang disebutkan oleh as-Subki didalam kitabnya “Tobaqot as-Syafieyah”.
Wallahu min wara’ al-qasd

1 Comments:

At August 22, 2016 at 9:02 PM , Blogger Unknown said...

Boleh bagi nama kitab tak untuk rujukan tersebut ?

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home