Sunday, April 8, 2007

Sejarah Ilmu Maqasid as-Syariah

Maqasid as syariah jelas pada sebahagian nas qurani dan hadith, serta fatwa-fatwa dan pekerjaan para fuqaha', tetapi ia tidak di tulis dan dikarang.

Namun begitu, apabila berkembangnya ilmu-ilmu yang baru, maka tersebarlah karangan-karangan berunsur Ilmu Maqasid as Syariah, dan perkembangan ini melalui tiga peringkat:

Pertama: peringkat permulaan dan penjelmaan.

Digambarkan pada pringkat ini, para ulama usul feqh (Usuliyyun) telah mengetengahkan beberapa permasalahan berkaitan dengan maqasid as syariah pada karangan-karangan mereka, diantara yang termasyhur ketika itu:

1- Abu al ma'ali al Juwaini didalam kitabnya "al Burhan fi usuliddin"
2- Abu Hamid al Ghazali (w505h) didalam kitabnya "al Mustasfa" dan "Syifa' al gholil".

Pada peringkat ini, boleh disimpulkan kepada dua ciri terpenting:

1- Timbulnya permasalahan dan pengkajian tentang ilmu maqasid.
2- Tiada perbahasan khusus bagi ilmu maqasid.

Kedua: peringkat peralihan.

Diperingkat ini timbulnya usul bagi ilmu maqasid as syariah, dan kaedah-kaedah menyeluruh (kawaid kuliyyah) yang berkaitan dengannya, sepertimana kitab karangan Sultan al ulama' Abdul Aziz ibn Abdus salam (w660h) didalam kitabnya "Qawaid al ahkam fi Masalih al anam" dan juga talkhis atau ringkas bagi kitab tersebut iaitu "Qawaid as sughro".

Al Imam ibnu as Subki berkata: "dia (Izuddin) adalah syeikhul islam dan muslimin, salah seorang cendikiawan juga merupakan sultan ulama', imam bagi zamannya tanpa musuh, menyeru kepada maaruf dan menegah kemungkaran, pengkaji akan hakikat sebenar pensyariatan, samaada yang jelas mahupun yang terselindung, mengetahui akan tujuan disebaliknya, beliau juga tidak melihat orang yang lain seperti dirinya, juga sebaliknya: dari segi keilmuan, kewarakan, dan kesungguhan dalam menegakkan yang hak, keberanian, kekuatan dalaman dan penguasaan percakapan" -tobaqat as syafieah (209/8)

Pada peringkat ini, boleh disimpulkan kepada dua ciri terpenting:

1- Timbulnya usul bagi ilmu maqasid as syariah secara terperinci.
2- Timbul juga perbahasan dan kaedah-kaedah yang tidak disebut sebelum ini, lantaran tingginya tahap perhatian dan kecenderungan bagi memperluas permasalahan yang diutarakan.

Sebagai contoh al Imam al Qorofi (w684h) yang banyak menambah dan menperjelaskan lagi apa yang dikarang oleh syeikhnya Izuddin Abdus salam didalam kitabnya: "al Furuq", "an Nafa'is" dan "Syarhu Tanqih al Fusul". Beliau antara anak murid Izuddin yang termasyhur selain ibnu Daqiq al Eid. Al Imam as Suyuti (w911h) berkata: "dia (al Qorofi) sentiasa melazimi izuddin ibnu abdissalam as Syafie, dan mengambil tentangnya pelbagai jenis seni ilmu" -husn al muhadarah (316/1)

Ketiga: peringkat kesempurnaan.

Ketika ini bermulalah ilmu maqasid syariah dibahaskan secara terperinci dan tersusun, mengikut usul-usul dan kaedah-kaedahnya. Disinilah lahirnya seorang ulama' yang digelar sebagai "mukhtara' ilmu al maqasid". Beliau ialah al Imam as Syatibi (w790h). Kecenderungan beliau didalam membahaskan tentang maqasid teserlah didalam penulisannya yang masyhur "al Muwafaqot fi usuli as Syariah", sehinggakan beliau meletakkan ilmu maqasid itu satu bab yang asing dari ilmu usul feqh.

Pada peringkat ini, boleh disimpulkan kepada dua ciri terpenting:

1- Kesempurnaan ilmu Maqasid secara amnya beserta usul-usulnya,
2- dijadikan ilmu Maqasid satu bidang yang bebas dari usul feqh.


0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home